8) Percayakah anda jika saya katakan purata cas seminit telefon anda adalah 36 sen seminit?
Mungkin anda jawab, Iya ke, tak pasti pula.
Disini saya kongsikan sebahagian daripada pemerhatian saya sebagai pengguna telefon bimbit, saya usahakan mengumpul sedikit data, jadi, ia adalah pendapat peribadi dan ianya mungkin tepat dan mungkin tidak tepat.
* Tahukah anda?
* Tahukah anda, jika anda bersembang dengan rakan2 selama 31 saat, dan tiba2 line anda terputus, anda akan di cas penuh, mungkin sebanyak 36 sen.
* Tahukah anda cas panggilan diwaktu puncak (8pagi-2pagi) jauh lebih mahal dari waktu tidak puncak (2pagi-8pagi)?
* Tahukah anda cas setiap minit jika anda topup RM10 jauh lebih mahal berbanding jika anda topup RM50?
* Tahukah anda panggilan kepada talian yang berlainan jauh lebih mahal berbanding panggilan ke talian yang sama?
* Tahukah anda jika anda topup RM10, biasanya dapat masa tamat tempoh dalam lingkungan 7 hari, katalah anda hanya menggunakan kredit sebanyak RM6, maka baki RM4 tidak boleh digunakan pada hari ke lapan, jika nak guna baki tersebut, anda perlu topup lagi, katalah anda topup RM10, maka baki anda adalah RM14, dapat 7 hari lagi. Tahukah anda yang cas panggilan seminit untuk menggunakan baki RM4 tadi adalah lebih 40 sen seminit?
* Tahukah anda untuk sesetengah promosi panggilan murah, jika tidak digunakan pada tempoh tertentu, maka kredit tersebut akan hilang begitu sahaja?
* Tahukah anda cas panggilan untuk minit pertama tidak sama dengan minit ke lima?
* Tahukah anda bahawa terdapat banyak kos tersembunyi didalam cas penggunaan telefon bimbit yang anda gunakan hari ini, itulah telefon bimbit yang ditangan anda itu.
No comments:
Post a Comment